Jom Click Ada Yang Menarik!

Showing posts with label goreng. Show all posts
Showing posts with label goreng. Show all posts

Peria Goreng Ranggup

menu hari minggu... biasa la hari minggu rajin sangat2 nk memasak coz hari minggu la baru ader org yg nak makan dirumahkan... selalu isnin-jumaat makan sorang2. kebetulan mak ngan ayah pun ader datang rumah so masak banyak2... baru meriah!

JOM MASAK !
peria goreng ranggup

bahan-bahan :-
1 batang peria
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar air

cara-cara memasak :-
1) basuh bersih peria. belah kepada 2 bahagian, buang bijinya dan bahagian bewarna putih. kemudian 
    potong nipis-nipis. Rendam peria yg telah dipotong tadi dengan 1 sudu garam & 3 sudu gula selama 1/2
    jam.
2) toskan air rendaman peria, gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya. masukkan peria ke dalam
    satu mangkuk besar.
3) masukkan ke semua bahan ke dalam magkuk peria tadi kecuali air. gaulkan semua bahan hingga sebati.
4) masukkan 1/2 sudu air dan gaul rata. jika nampak masih kering masukkan 1/2 sudu air lagi. pastikan   
    campuran tadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat supaya tepung bersaalut cantik pada peria.
5) panaskaan minyak untuk menggoreng peria. bila minyak betul-betul panaskan, masukkan peria sekeping
    demi sekeping... jangan masukkan peria terlalu banyak pada satu masa.
6) goreng peria sehingga betul-betul garing. angkat dan toskan minyaknya.



Bergedel Tauhu

menu tambahan untuk makan tengahari dihari minggu. makan tengahari bersama family dihujung minggu mewah skit. macam-macam lauk ada. tahap kerajinan memasak juga begitu membuak-buak, maklum lah memasak untuk insan tersayang...buka selalu dapat makan bersama...jom masak sesuatu tuk yang tersayang...

JOM MASAK !

Resepi Bergedel Tauhu

Bahan-bahan :-
4 keping tauhu lembut
6 biji kentang
(direbus & dihancurkan)
200 gram udang (dibuang kulit & dipotong kecil)
2 biji cili merah
2 pokok daun bawang (dicincang halus)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
garam secukup rasa
2 biji telur
minyak masak
Cara-cara memasak :-
1) didalam satu bekas, hancurkan tauhu lembut.
2) masukkan semua bahan kecuali telur dan minyak. gaul rata.
3) bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
4) panaskan minyak didalam kuali.
5) celupkan adunan ke dalam telur yg telah dipukul sedikit, kemudian gorengkan dengan api yang kecil sehingga masak.
5) angkat dan toskan. sesuai dihidangkan bersama sos cili.



Ayam Goreng Berempah

satu hidangan yang mudah dan cepat disediakan... bila makan nasi lemak atau nasi kukus mesti sedap makan dengan ayam goreng berempahkan... so untuk melengkapkan menu hidangan makan malam maka terhasil lah ....          

SELAMAT MENCUBA!

ayam goreng berempah

bahan-bahan :-
6 keping ayam
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
sedikit daun kari
garam
minyak
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 3 batang serai
( semua bahan bertanda * - dikisar )

cara-cara memasak :-
1) gaulkan ayam bersama semua bahan kecuali minyak
2) perapkan selama 1 jam
3) panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak



Kailan Belacan

tak lengkap setiap kali makan tanpa hidangan sayur, sumber vitamin dan serat juga perlu untuk keperluan tubuh badan kita... so setiap kali masak mesti ada sayur sebagai pelangkap setiap hidangan sama ada makan tengahari atau makan malam. kailan belacan idea terbaik...

JOM MASAK !

Mee Goreng Mamak

menu untuk makan petang.... last minit baru fikir nak masak aper bila mama bgtau nak datang rumah bawak kawan lama dia. susah jugak la nak memikirkan menu aper nak di masak coz kali nie nk masak tu semua yang dah pakar masak. turun kedai cari bahan...maka terhasil lah mee goreng mamak. tengok diaorg makan banyak baru puas hati siap mintak diorg komen kan lagi hehehe... alhamdulillah sedap semua suka.

JOM MASAK !
Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan :-
1 bungkus mee kuning
200gm daging (dihiris)
1 paket fish cake (dihiris)
1 paket fish ball (dipotong 4)
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi (dipotong)
4 sudu makan cili kisar (tambah jika mahu pedas)
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 labu bawang besar (dicincang)
2 biji telur
3 biji cili hijau (dihiris)
minyak (untuk menumis)


Cara memasak :-
1) panaskan minyak, kemudian masukkan bawang, cili dan rempah. tumis sehingga garing dan wangi.
2) masukkan daging dan kacau rata.
3) masukkan fish cake dan fish ball. biarkan sebentar.
4) masukkan kicap pekat dan mee. kacau rata, kemudian masukkan taugeh dan sawi.
5) ketepikan mee dan pecahkan telur, biarkan telur sedikit masak barulah dikacau dan gaul rata.
6) masak mee tadi sehingga telur kering. 
7) sedia dihidangkan bersama taburan daun bawang,daun sup dan hirisan cili merah.