Jom Click Ada Yang Menarik!

kuetiau kungfu

salah satu menu kegemaran suami... bila makan diluar asyik oder kuetiau kungfu, tp masih xpuas hati, masin la.. tawar la... kurang sayur la dan macam2 rungutan... so isteri yg prihatin telah merialisasi kan kehendak suaminya. Alhamudullilah en. suami suke... saya suka! saya suka!. boleh juga jadi panduan pada mereka yang nk cuba tukar2 menu di rumah. lebih selesa makan dirumah...

SELAMAT MENCUBA! 

Resepi kuetiau kungfu

Bahan-bahan :-
1 bungkus kuetiau
5 biji telur
100 gm udang basah
100 gm isi ayam
100 gm sotong
3 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
1/2 biji kobis
100 gm bunga kubis
100 gm brokoli
2 sudu minyak masak
2 sudu tepung jagung
2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu sos tiram
1 sudu makan lada hitam
garam
cara-cara memasak :-
1) gaulkan kuetiau bersama telur hingga rata. 
2) panaskan minyak kemudian goreng kuetiau yang telah digaulkan td dalam kuantiti yang sedikit sehingga 
    garing. kemudian ketepikan.
3) tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga sedikit garing kemudian masukkan isi ayam, sotong 
    dan udang yg telah dibuang kulitnya.
4) masukkan 1 cawan air bersama kiub pati ayam, lada hitam, sos tiram dan lobak merah.
5) bancuh tepung jagung bersama 1 cawan air kemudian masukkan kedalam kuali. kacau supaya tepung   
    tidak bergentel.
6) masukkan kubis, brokoli dan bunga kubis. biarkan seketika sehingga sayur masak. kacau dan tutp api.
7) tuangkan kuah keatas kuetiau yang telah digoreng tadi dan hidangkan. sedap dimakan ketika panas!



2 comments: