Jom Click Ada Yang Menarik!

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Peria Goreng Ranggup

menu hari minggu... biasa la hari minggu rajin sangat2 nk memasak coz hari minggu la baru ader org yg nak makan dirumahkan... selalu isnin-jumaat makan sorang2. kebetulan mak ngan ayah pun ader datang rumah so masak banyak2... baru meriah!

JOM MASAK !
peria goreng ranggup

bahan-bahan :-
1 batang peria
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar air

cara-cara memasak :-
1) basuh bersih peria. belah kepada 2 bahagian, buang bijinya dan bahagian bewarna putih. kemudian 
    potong nipis-nipis. Rendam peria yg telah dipotong tadi dengan 1 sudu garam & 3 sudu gula selama 1/2
    jam.
2) toskan air rendaman peria, gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya. masukkan peria ke dalam
    satu mangkuk besar.
3) masukkan ke semua bahan ke dalam magkuk peria tadi kecuali air. gaulkan semua bahan hingga sebati.
4) masukkan 1/2 sudu air dan gaul rata. jika nampak masih kering masukkan 1/2 sudu air lagi. pastikan   
    campuran tadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat supaya tepung bersaalut cantik pada peria.
5) panaskaan minyak untuk menggoreng peria. bila minyak betul-betul panaskan, masukkan peria sekeping
    demi sekeping... jangan masukkan peria terlalu banyak pada satu masa.
6) goreng peria sehingga betul-betul garing. angkat dan toskan minyaknya.



Kailan Belacan

tak lengkap setiap kali makan tanpa hidangan sayur, sumber vitamin dan serat juga perlu untuk keperluan tubuh badan kita... so setiap kali masak mesti ada sayur sebagai pelangkap setiap hidangan sama ada makan tengahari atau makan malam. kailan belacan idea terbaik...

JOM MASAK !

Garden Salad

hari-hari masak nasi, makan nasi, masak nasi, makan nasi... (hemmm tukang masak yang malas nk memasak sebenarnye hahaha.) Ops!!! hehehe tukar menu makan malam yang sihat & segar apa salah nya kan. sudah tentu segar dan menyelerakan! mudah nak siapkan... dan mudah juga didapati di pasaraya2 berdekatan dengan anda...

SELAMAT MENJAMU SELERA
Garden Salad