Jom Click Ada Yang Menarik!

hash brown


homemade vanilla & chocolate ice cream


stew ayam




Sweet & Sour Shrimp

menu makan malam seisi keluarga, mudah senang dan semestinya ringkas. bahan-bahan pun memang sentiasa ada di dapur kecilku... tak smapai 10 minnit dah siap. sedap sangat makan ngan nasi panas-panas.

JOM MASAK !
sweet & sour shrimp

bahan-bahan :-
300 gm udang (dibersihkan)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (potong 4)
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
serbuk kunyit
garam

(bahan menumis - dihiris) :-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

cara-cara memasak :-
1) gaulkan udang dengan garam dan sebuk kunyit, goreng kemudian ketepikan.
2) panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga bebau wangi.
3) masukkan tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula, air dan udang, kemudian kacau rata.
4) biarkan sehingga mendidih dan masak, kemudian tutp api dan bolehlah dihidangkan.







Ayam Madu

menu kegemaran suami tersayang... kalau ikutkan dia, mesti nak pekena ayam madu nie setiap minggu. tak bolehlah isteri nyer nak cuba resepi baru plak kan so... isteri kena lah masak sedap2 tuk tambat perut suami, so tak lah jemu makan masakkan yang sama kan...

JOM MASAK !
ayam madu

bahan-bahan :-

(bahan A)
1/2 ekor ayam
4 sudu besar sos tomato
1 cawan kacang pis
(optional)
1 labu bawang besar ( dipotong kasar)
3 sudu makan madu
minyak masak
garam
serbuk kunyit

(bahan B - dikisar)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

(bahan C - menumis)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

cara-cara memasak :-
1) gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
2) tinggalkan sedikit minyak gorengan ayam bagi menumis ( anggaran 3 sudu makan).
3) tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4) masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga pecah minyak.
5) masukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar dan madu, kemudian kacau rata.
6) apabila sudah pekat dan pecah minyak, boleh diangkat dan dihidangkan.





Peria Goreng Ranggup

menu hari minggu... biasa la hari minggu rajin sangat2 nk memasak coz hari minggu la baru ader org yg nak makan dirumahkan... selalu isnin-jumaat makan sorang2. kebetulan mak ngan ayah pun ader datang rumah so masak banyak2... baru meriah!

JOM MASAK !
peria goreng ranggup

bahan-bahan :-
1 batang peria
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar air

cara-cara memasak :-
1) basuh bersih peria. belah kepada 2 bahagian, buang bijinya dan bahagian bewarna putih. kemudian 
    potong nipis-nipis. Rendam peria yg telah dipotong tadi dengan 1 sudu garam & 3 sudu gula selama 1/2
    jam.
2) toskan air rendaman peria, gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya. masukkan peria ke dalam
    satu mangkuk besar.
3) masukkan ke semua bahan ke dalam magkuk peria tadi kecuali air. gaulkan semua bahan hingga sebati.
4) masukkan 1/2 sudu air dan gaul rata. jika nampak masih kering masukkan 1/2 sudu air lagi. pastikan   
    campuran tadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat supaya tepung bersaalut cantik pada peria.
5) panaskaan minyak untuk menggoreng peria. bila minyak betul-betul panaskan, masukkan peria sekeping
    demi sekeping... jangan masukkan peria terlalu banyak pada satu masa.
6) goreng peria sehingga betul-betul garing. angkat dan toskan minyaknya.



Kuih Ketayap

kejadian berlaku semasa makan petang... tekak nie terasa nak makan sesuatu yang manis dan lembut maka terhasil lah kuih ketayap... puas makan bila buat sendiri dirumah, bukan lame sgt pun nk membuat nyer. lagipun skang nie susah bebenor nak cari kuih-kuih tradisional petang2 begini... balik2 karipap, pagi karipap petang karipap... 

SELAMAT MENCUBA !

Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan :-

(bahan untuk kulit)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (yg telah dicampurkan bersama jus pandan)
1/2 cawan santan atau susu segar
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh garam

(bahan untuk inti)
1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

cara-cara memasak :-
1) (cara membuat inti....) :- masukkan semua bahan kedalan periuk. kemudian masak di atas api sederhana
     dan kacau sebati sehingga masak. bolehlah angkat dan sejukkan.

2) (cara membuat kulit....) :- masukkan semua bahan kedalam mangkuk, kacau sebati dan tapiskan.
3)  panaskan kuali, sapu sedikit minyak kemuadin tuangkan 1 senduk adunan tepung td dan goyangkan kuali 
     supaya aduanan rata dn nipis.
4)  apabila masak, angkat dan letakkan ke dalam pinggan. masukkan inti ditengah-tengahnya.
5)  lipatkan bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung dengan kemas.
6) lakukan hingga selesai dan hidangkan. Selamat mencuba!