Jom Click Ada Yang Menarik!

Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Stew Daging

menu kegemaran tatkala badan rasa panas nak demam... sedap makan panas-panas, segar jer rasa lepas makan badan mesti berpeluh-peluh. rasa pedas dan panas lada hitam memang terangkat... wah! tetiba rasa lapar pulak hehehe...

JOM MASAK !

Stew Daging

Bahan-bahan :-
500 gram daging ( dihiris )
3 biji kentang ( dipotong dadu )
1 batang lobak merah ( dipotong dadu )
2 batang saderi ( dipotong pendek )
3 biji tomato ( dipotong dadu )
1 sudu makan serbuk rempah sup
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung & 1/2 cawan air ( dibancuh )
2 sudu makan minyak masak
air secukupnya
garam secukupnya
1/2 biji capsicum hijau
1 labu bawang besar/bawang Holland ( dihiris )
11/2 inci halia ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( dihiris )


Cara-cara memasak :-

1) Panaskan minyak, kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga layu.
2) Masukkan daging, kentang, serbuk rempah sup, lobak merah, daun saderi, lada hitam dan air. masak 
    sehingga semua lembut.
3) Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih pekat.
4) Masukkan bawang besar dan tomato.
5) Angkat dan hiaskan dengan capsicum hijau... sedia di nikmati.





Swedish Meatballs ala IKEA

akhirnya berjaya juga percubaan untuk masak swedish meatballs kat rumah... nie bukan instant yang ada kat IKEA tu yer...but nie homemade punya k. kebetulan rajin cari resepi...trus menuju dapur cari bahan-bahan, Alhamdulillah semua ada so bermula lah projek masak-masak....

JOM MASAK !

Resepi Swedish Meatballs
Bahan-bahan (Meatballs) :-
(nak guna meatballs segera suggestion brand Marina)

250-300gm Daging Cincang 
Sebiji bawang besar Holland (dicincang halus)
 ¾ cwn Bread crumb (adjust untuk kekentalannya)
1/3 cawan tepung gandum 
2 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara memasak :-
1) Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan 
    garam ke dalam mangkuk. 
2) Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. 
    kemudian boleh lah bulat-bulatkan meatball itu.
3) Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. 
4) Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
5) untuk hidangan nie boleh guna teknik goreng tanpa minyak (menggunakan non-stick pan) atau bakar 
    (oven) sehingga meatballs bertukar warna keperangan.




Bahan-bahan (Gravy) :-
1 biji bawang besar holland (dipotong dadu, goreng hingga layu, ketepikan)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar (dipotong dadu)
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube daging* 

Cara memasak :- 
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandum, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan-bahan seperti bawang dan tomato itu tadi hancur.



Spaghetti Bolognese

menu makan malam yang simple plus sedap... kena sangat dengan selera tekak yang nak kan sesuatu selain daripada nasi dimalam hari. bahan-bahan semua selalu ada kat dapur also bahan pun senang cari. makan malam ala western plus malay cuisine...

JOM MASAK !
Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan :-
500 gm spaghetti
(direbus hingga lembut)400 gm daging kisar halus
1 tin cendawan butang
(dihiris nipis)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 biji tomato (dikisar)
4 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk oregano kering
daun parsli (dicincang haus)
garam secukup rasa
Cara-cara memasak :-
1) Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga naik bau wangi.
2) masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. kemudia masukkan daging kisar dan kacau lagi.
3) masukkan sos tomato, sayur-sayuran yang dipotong, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4) kacau rata dan biarkan sehingga mendidih, tunggu sehingga pecah minyak. tutup api.
5) angkat dan tuangkan di atas spaghetti, taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli.
6) sedia dihidangkan. selamat menjamu selera.