menu makan petang... selalu beli rasa tak puas makan, so hari nie kita masak sendiri puas makan seisi keluarga. sedap makan panas-panas. lembut, lemak salah satu kuih tradisional yang menyelerakan... yumm! yumm!
JOM MASAK!
|
Resepi Kuih Lapis
Bahan-bahan :- 1 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu makan tepung beras 2 sudu makan tepung jagung 3/4 cawan gula 4 cawan santan (1 biji kelapa) 1 sudu teh garam pewarna kegemaran
Cara-cara memasak :- 1) masukkan semua bahan kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan tapiskan. 2) bahagikan adunan kepada 2 bahagian. masukkan pewarna satu bahagian dan satu lagi dibiar putih. 3) Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang mahu digunakan. 4) masukkan satu senduk adunan bewarna dan kukus selama 5 minit. 5) lapiskan dengan adunan putih dan kukuskan selama 5 minit lagi. kukus berselang seli sehingga adunan habis. 6) sejukkan dan potong. sedia dihidangkan. |
No comments:
Post a Comment