menu hari minggu... biasa la hari minggu rajin sangat2 nk memasak coz hari minggu la baru ader org yg nak makan dirumahkan... selalu isnin-jumaat makan sorang2. kebetulan mak ngan ayah pun ader datang rumah so masak banyak2... baru meriah!
JOM MASAK !
 |
peria goreng ranggup
bahan-bahan :- 1 batang peria 4 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung jagung 2 sudu kecil serbuk cili 1 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar air
cara-cara memasak :-
1) basuh bersih peria. belah kepada 2 bahagian, buang bijinya dan bahagian bewarna putih. kemudian
potong nipis-nipis. Rendam peria yg telah dipotong tadi dengan 1 sudu garam & 3 sudu gula selama 1/2
jam.
2) toskan air rendaman peria, gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya. masukkan peria ke dalam
satu mangkuk besar.
3) masukkan ke semua bahan ke dalam magkuk peria tadi kecuali air. gaulkan semua bahan hingga sebati.
4) masukkan 1/2 sudu air dan gaul rata. jika nampak masih kering masukkan 1/2 sudu air lagi. pastikan
campuran tadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat supaya tepung bersaalut cantik pada peria.
5) panaskaan minyak untuk menggoreng peria. bila minyak betul-betul panaskan, masukkan peria sekeping
demi sekeping... jangan masukkan peria terlalu banyak pada satu masa.
6) goreng peria sehingga betul-betul garing. angkat dan toskan minyaknya.
|