Jom Click Ada Yang Menarik!

Swedish Meatballs ala IKEA

akhirnya berjaya juga percubaan untuk masak swedish meatballs kat rumah... nie bukan instant yang ada kat IKEA tu yer...but nie homemade punya k. kebetulan rajin cari resepi...trus menuju dapur cari bahan-bahan, Alhamdulillah semua ada so bermula lah projek masak-masak....

JOM MASAK !

Resepi Swedish Meatballs
Bahan-bahan (Meatballs) :-
(nak guna meatballs segera suggestion brand Marina)

250-300gm Daging Cincang 
Sebiji bawang besar Holland (dicincang halus)
 ¾ cwn Bread crumb (adjust untuk kekentalannya)
1/3 cawan tepung gandum 
2 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara memasak :-
1) Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan 
    garam ke dalam mangkuk. 
2) Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. 
    kemudian boleh lah bulat-bulatkan meatball itu.
3) Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. 
4) Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
5) untuk hidangan nie boleh guna teknik goreng tanpa minyak (menggunakan non-stick pan) atau bakar 
    (oven) sehingga meatballs bertukar warna keperangan.




Bahan-bahan (Gravy) :-
1 biji bawang besar holland (dipotong dadu, goreng hingga layu, ketepikan)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar (dipotong dadu)
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube daging* 

Cara memasak :- 
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandum, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan-bahan seperti bawang dan tomato itu tadi hancur.



1 comment: