Jom Click Ada Yang Menarik!

lopes

kuih kegemaran seisi keluarga... kalau buat kuih nie cepat jer habis. bahan nak buat pun tak banyak, senang sangat nak masak nyer kukus jer plus buat air gula dh siap... tak percaya jom kita sama-sama cuba!

JOM MASAK !!!
Lopes

Bahan-bahan :-
2 cawan beras pulut
2 cawan santan ( cair )
1/2 cawan air pandan
1 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut muda
garam
1 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan ( disimpul )

Cara-cara memasak :-
1) basuh pulut dan rendamkan selama 1 sehingga 2 jam.
2) masukkan pulut, santan, air pandan, air kapur dan garam ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3) masak sehingga mendidih dan tapiskan. kemudian ketepikan.
4) keluarkan pulut yang telah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, kemudian tekan supaya leper tetapi padat.
5) gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah digaulkan dengan sedikit garam.
6) masukkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan kedalam periuk, masak sehingga gula hancur dan mendidih.
7) hidangkan pulut dengan air gula merah.

No comments:

Post a Comment