Jom Click Ada Yang Menarik!

Jelatah Timun & Nenas

ada yang panggil jelatah... ada yang panggil kerabu... walau apa pun yang anda panggil rasa hidangan ringkas yang segar, ranggup, pedas, manis, masam... cukup menyelerakan. makan lepas disejukkan sebentar didalam peti sejuk cukup buat anda berselera... makan bertambah-tambah....hehehe

JOM MASAK !

Resepi Jelatah Timun & Nenas

Bahan-bahan :-
1 biji timun
1/2 biji nenas masak
6 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
kacang tanah (
ditumbuk)
garam
gula

Cara-cara memasak :-
1) bersihkan timun, nenas, bawang besar, cili merah.
2) kemudian potong nipis bahan yang telah dibersihkan tadi. masukkan ke dalam bekas.
3) masukkan sos cili, kacang tanah yang telah ditumbuk, garam dan gula.
4) gaul semua bahan sehingga rata sebati, kemudian bolehlah di simpan kedalam peti sejuk seketika.
5) sedia dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. selamat menjamu selera.



No comments:

Post a Comment