Jom Click Ada Yang Menarik!

PUDING BLING BLING

Kebetulan anak-anak buah datang rumah waktu cuti sekolah, diorang rajin bertanya hari nie nak masak ape... hari ini ape yang special...., so aunty mereka yang rajin masak-masak nie telah mendapat ilham untuk buat PUDING BLING BLING buat  mereka. Alhamdulillah korang semua suka, acik pun suka hehehe.... Budak-budak memang suka coz berwarna-warni  dan yang paling penting kurang manis... cara nak membuat nye pun senang jer...

 SELAMAT MENCUBA!


Bahan-bahan : 
* 1 1/2  bungkus agar-agar serbuk
* 7 1/2 cawan air putih
* 3 cawan gula pasir
* 200ml susu pekat manis
* pewarna makan ( merah, kuning, hijau )

Cara-cara : 
1 ) Bahagikan bahan-bahan diatas kepada dua adunan :

( Adunan 1 )
- Campurkan 1/2 bungkus serbuk agar-agar, 2 1/2 cawan air putih, 1 1/2 cawan gula pasir ke dalam periuk.
- Kacau diatas api sederhana besar sehingga gula pasir larut sebati & mendidih beberapa kali.
- Apabila adunan sudah masak, tutup api dan bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- Warnakan adunan yang telah dibahagikan tadi dengan pewarna makanan, merah, kuning dan hijau.
- Setelah siap diwarnakan, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk seketika supaya adunan keras.
- Setelah adunan tadi keras, potong adunan kepada bentuk kiub.

( Adunan 2 )
-Campurkan 1 bungkus agar-agar serbuk, 5 cawan air putih, 1 1/2 cawan gula pasir ke dalam periuk.
- Kacau diatas api sederhana besar sehingga gula pasir larut sebati dan mendidih beberapa kali.
- Masukkan 200ml susu pekat manis, kacau sehingga sebati dan mendidih.
- Tutup api, kemudian tuangkan kedalam loyang.

2 ) Lepas ( aduan 2 ) dituang dalam loyang, biarkan seketika.
 (jangan sampai keras pula, sekejap sahaja untuk mengurangkan suhu panas adunan sahaja) 

3 ) Kemudian ambil Adunan 1 yang telah dipotong kiub, taburkan kedalam loyang yang berisi Adunan 2.

4 ) Setelah ditabur rata, bolehlah dimasukkan kedalam peti sejuk supaya adunan tadi keras.

5 ) Setelah Adunan keras bolehlah dihidangkan, sedap dimakan ketika masih sejuk.

No comments:

Post a Comment