Ayam Black Pepper

Menu makan malam... atas permintaan en suami yang nak saya masak ayam sebagai protein utama tapi saya ubah menu dari ayam masak merah kepada Ayam Black Paper... katanya janji ayam, masak aper pun takpe . So inilah hasil air tangan saya buat suami tercinta. Seronok tengok en suami makan bertambah-tambah.

SELAMAT MENCUBA

Ayam Black Paper

Bahan-Bahan : 
500 gram Ayam
1 sudu makan kicap ( kicap pekat / kicap masin )
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung ( dibancuh dengan 1/2 cawan air )
2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk )
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa ( sekiranya perlu )
5 biji bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris )
1 labu bawang besar (dihiris )
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 biji tomato ( potong 4 )
2 biji cili merah
Cara- cara memasak : 
1) Buangkan kulit ayam, kemudian potong dalam size kecil.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar 
    sehingga naik bau wangi dan layu.
3) Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak ( daging menjadi lembut ).
4) Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap, sos tiram, lada hitam dan garam.
5) Masakkan sehingga pekat dan masukkan daun sup,daun bawang, tomato dan cili merah. 
    Gaul bersama seketika, kemudian tutp api.
6) Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.
7) Selamat mencuba.

Masak Lemak Cili Padi Udang

One of my favorite dish... yummy!. Sejak berumahtangga nie macam-macam menu saya masakkan untuk en suami, bukan senang nak kenalkan satu-satu menu masakan baru untuk en suami selain ayam. bukan aper nk ubah sikit selera en suami, nak bagi en suami rasa masakan selain ayam pun sedap juga. Sekarang nie en suami pun ikut serta menggemari nya. Menu ringkas tapi kaya dengan protien & sayur-sayuran pelengkap masakan...

SELAMAT MENCUBA

Masak Lemak Cili Api Udang

Bahan-Bahan :

10  Batang kacang panjang (dipotong)

20 Ekor udang (dibuang kulit)
2 Batang serai (diketuk)
2 Cawan santan (1/2 biji kelapa)
10 Biji cili padi (ditumbuk)
3 Biji bawang merah (ditumbuk)
2 Inci kunyit hidup (ditumbuk)
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasak :

1) Masukkan cili padi, bawang dan kunyit yg telah dikisar ke dalam periuk beserta serai yg 
    telah diketuk.
2) Masukkan udang, kacang dan sedikit air ( jika bahan kisar terlalu pekat)
3) Masakkan sehingga mendidih
4) Masukkan santan, kacau rata
5) Bila mendidih skali lagi tutup api dan bolehlah dihidangkan.
6) Selamat mencuba



PUDING BLING BLING

Kebetulan anak-anak buah datang rumah waktu cuti sekolah, diorang rajin bertanya hari nie nak masak ape... hari ini ape yang special...., so aunty mereka yang rajin masak-masak nie telah mendapat ilham untuk buat PUDING BLING BLING buat  mereka. Alhamdulillah korang semua suka, acik pun suka hehehe.... Budak-budak memang suka coz berwarna-warni  dan yang paling penting kurang manis... cara nak membuat nye pun senang jer...

 SELAMAT MENCUBA!


Bahan-bahan : 
* 1 1/2  bungkus agar-agar serbuk
* 7 1/2 cawan air putih
* 3 cawan gula pasir
* 200ml susu pekat manis
* pewarna makan ( merah, kuning, hijau )

Cara-cara : 
1 ) Bahagikan bahan-bahan diatas kepada dua adunan :

( Adunan 1 )
- Campurkan 1/2 bungkus serbuk agar-agar, 2 1/2 cawan air putih, 1 1/2 cawan gula pasir ke dalam periuk.
- Kacau diatas api sederhana besar sehingga gula pasir larut sebati & mendidih beberapa kali.
- Apabila adunan sudah masak, tutup api dan bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- Warnakan adunan yang telah dibahagikan tadi dengan pewarna makanan, merah, kuning dan hijau.
- Setelah siap diwarnakan, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk seketika supaya adunan keras.
- Setelah adunan tadi keras, potong adunan kepada bentuk kiub.

( Adunan 2 )
-Campurkan 1 bungkus agar-agar serbuk, 5 cawan air putih, 1 1/2 cawan gula pasir ke dalam periuk.
- Kacau diatas api sederhana besar sehingga gula pasir larut sebati dan mendidih beberapa kali.
- Masukkan 200ml susu pekat manis, kacau sehingga sebati dan mendidih.
- Tutup api, kemudian tuangkan kedalam loyang.

2 ) Lepas ( aduan 2 ) dituang dalam loyang, biarkan seketika.
 (jangan sampai keras pula, sekejap sahaja untuk mengurangkan suhu panas adunan sahaja) 

3 ) Kemudian ambil Adunan 1 yang telah dipotong kiub, taburkan kedalam loyang yang berisi Adunan 2.

4 ) Setelah ditabur rata, bolehlah dimasukkan kedalam peti sejuk supaya adunan tadi keras.

5 ) Setelah Adunan keras bolehlah dihidangkan, sedap dimakan ketika masih sejuk.

ALHAMDULILLAH... Hajat Tercapai

Assalamualaikum... 

Syukur kehadrat Illahi, tertunai juga impian untuk memiliki blog masakan saya sendiri. Dah lama simpan hajat dihati, setelah melalui pelbagai rintangan maka dengan ini terhasil lah blog masakan sendiri sebagai catatan resepi kemudian hari. mungkin hajat ini tak sebesar mana contoh : nak buat buku resepi ker... nak bukak restoran ker... nak bukak cafe ker atau lain2, tapi blog ini cukup bermakna buat saya sebagai langkah permulaan yang lebih cerah. Amin...



Sudi-sudi mengjenguk... sudi-sudi lah mencuba resipi2 mudah dan semestinya ringkas sahaja. Buah tangan untuk semua.



xoxo muahhh...

Mee Goreng Mamak

menu untuk makan petang.... last minit baru fikir nak masak aper bila mama bgtau nak datang rumah bawak kawan lama dia. susah jugak la nak memikirkan menu aper nak di masak coz kali nie nk masak tu semua yang dah pakar masak. turun kedai cari bahan...maka terhasil lah mee goreng mamak. tengok diaorg makan banyak baru puas hati siap mintak diorg komen kan lagi hehehe... alhamdulillah sedap semua suka.

JOM MASAK !
Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan :-
1 bungkus mee kuning
200gm daging (dihiris)
1 paket fish cake (dihiris)
1 paket fish ball (dipotong 4)
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi (dipotong)
4 sudu makan cili kisar (tambah jika mahu pedas)
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 labu bawang besar (dicincang)
2 biji telur
3 biji cili hijau (dihiris)
minyak (untuk menumis)


Cara memasak :-
1) panaskan minyak, kemudian masukkan bawang, cili dan rempah. tumis sehingga garing dan wangi.
2) masukkan daging dan kacau rata.
3) masukkan fish cake dan fish ball. biarkan sebentar.
4) masukkan kicap pekat dan mee. kacau rata, kemudian masukkan taugeh dan sawi.
5) ketepikan mee dan pecahkan telur, biarkan telur sedikit masak barulah dikacau dan gaul rata.
6) masak mee tadi sehingga telur kering. 
7) sedia dihidangkan bersama taburan daun bawang,daun sup dan hirisan cili merah.