Sweet & Sour Shrimp
menu makan malam seisi keluarga, mudah senang dan semestinya ringkas. bahan-bahan pun memang sentiasa ada di dapur kecilku... tak smapai 10 minnit dah siap. sedap sangat makan ngan nasi panas-panas.
JOM MASAK !
Ayam Madu
menu kegemaran suami tersayang... kalau ikutkan dia, mesti nak pekena ayam madu nie setiap minggu. tak bolehlah isteri nyer nak cuba resepi baru plak kan so... isteri kena lah masak sedap2 tuk tambat perut suami, so tak lah jemu makan masakkan yang sama kan...
JOM MASAK !
Peria Goreng Ranggup
menu hari minggu... biasa la hari minggu rajin sangat2 nk memasak coz hari minggu la baru ader org yg nak makan dirumahkan... selalu isnin-jumaat makan sorang2. kebetulan mak ngan ayah pun ader datang rumah so masak banyak2... baru meriah!
JOM MASAK !
Kuih Ketayap
kejadian berlaku semasa makan petang... tekak nie terasa nak makan sesuatu yang manis dan lembut maka terhasil lah kuih ketayap... puas makan bila buat sendiri dirumah, bukan lame sgt pun nk membuat nyer. lagipun skang nie susah bebenor nak cari kuih-kuih tradisional petang2 begini... balik2 karipap, pagi karipap petang karipap...
SELAMAT MENCUBA !
Resepi Kuih Ketayap
Bahan-bahan :-
(bahan untuk kulit)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (yg telah dicampurkan bersama jus pandan)
1/2 cawan santan atau susu segar
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh garam
(bahan untuk inti)
1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
cara-cara memasak :-
1) (cara membuat inti....) :- masukkan semua bahan kedalan periuk. kemudian masak di atas api sederhana
dan kacau sebati sehingga masak. bolehlah angkat dan sejukkan.
2) (cara membuat kulit....) :- masukkan semua bahan kedalam mangkuk, kacau sebati dan tapiskan.
3) panaskan kuali, sapu sedikit minyak kemuadin tuangkan 1 senduk adunan tepung td dan goyangkan kuali
supaya aduanan rata dn nipis.
4) apabila masak, angkat dan letakkan ke dalam pinggan. masukkan inti ditengah-tengahnya.
5) lipatkan bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung dengan kemas.
6) lakukan hingga selesai dan hidangkan. Selamat mencuba!