serimuka

kuih kegemaran my mum... kalau beli tak puas makan katanya ada jer yang dia komen hehehe. so kuih seri muka nie kalau nak makan memang akan di masak sendiri, tak susah pun nak masak sendiri bahan-bahan pun selalu ada kat dapur...

JOM MASAK !!!

Serimuka

Bahan-bahan :-
( lapisan bawah )

2 cawan beras pulut
1/2 cawan santan ( cair )
1/2 sudu teh garam

( lapisan atas )
2 cawan santan ( pekat )
1/2 cawan air pandan
1 sudu teh pewarna hijau ( jika suka )1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam
Cara- cara memasak :-
1) basuh beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2) masukkan beras pulut, santan cair dan garam ke dalam loyang, kemudian kukus sehingga masak.
3) lapikkan plastik ke dalam loyang, tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik.
    ketepikan.
4) masukkan bahan-bahan untuk lapisan atas ke dalam mangkuk dan kacau rata. kemudian tapiskan.
5) masukkan ke dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku.
6) tuangkan perlahan di atas pulut tadi, kukus selama 30 minit.
7) sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment