ayam percik

menu pilihan untuk hari pertama puasa di bulan ramadhan... Alhamdulillah dapat masak juadah berbuka untuk keluarga tercinta. ayam percik  pemanggang ajaib hehehe! so sedap...

JOM MASAK !!!

Ayam Percik

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam ( dipotong 4 )
3 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
garam
15 tangkai cili kering ( dikisar )
5 biji bawang merah ( dikisar )
4 ulas bawang putih ( dikisar )
2 inci halia ( dikisar )
5 batang serai ( dikisar )

cara-cara memasak :-
1) masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali bersama bahan- bahan dikisar, santan pekat, halba, asam jawa dan gula. pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
2) masak sehingga kuahnya tinggal sedikit ( sehingga sederhana masak ).
3) tutup api, kemudian letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar di atas dapur sehingga nampak garing.
4) sesuai di hidangkan bersama kuah yang dimasak bersama ayam tadi.


No comments:

Post a Comment