Jom Click Ada Yang Menarik!

bihun bakso


Stew Daging

menu kegemaran tatkala badan rasa panas nak demam... sedap makan panas-panas, segar jer rasa lepas makan badan mesti berpeluh-peluh. rasa pedas dan panas lada hitam memang terangkat... wah! tetiba rasa lapar pulak hehehe...

JOM MASAK !

Stew Daging

Bahan-bahan :-
500 gram daging ( dihiris )
3 biji kentang ( dipotong dadu )
1 batang lobak merah ( dipotong dadu )
2 batang saderi ( dipotong pendek )
3 biji tomato ( dipotong dadu )
1 sudu makan serbuk rempah sup
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung & 1/2 cawan air ( dibancuh )
2 sudu makan minyak masak
air secukupnya
garam secukupnya
1/2 biji capsicum hijau
1 labu bawang besar/bawang Holland ( dihiris )
11/2 inci halia ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( dihiris )


Cara-cara memasak :-

1) Panaskan minyak, kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga layu.
2) Masukkan daging, kentang, serbuk rempah sup, lobak merah, daun saderi, lada hitam dan air. masak 
    sehingga semua lembut.
3) Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih pekat.
4) Masukkan bawang besar dan tomato.
5) Angkat dan hiaskan dengan capsicum hijau... sedia di nikmati.





Spaghetti Meatballs

asyik masak menu masakan melayu jer..sesekali ubah selera plak. Alhamdulillah semua suka. menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi masakan pun lebih sihat

JOM MASAK !
spaghetti meatballs

bahan-bahan :-

Eggs & Veggie Stew ... Simple Breakfast

sesekali tukar menu sarapan pagi yang sihat dan menyegarkan... warna-warna ceria untuk permulaan hari yang indah... hehehe macam ayat iklan jer!!! ... nampak simple tapi memang sedap untuk gaya hidup yang lebih sihat permulaan hari yang padat, sarapan pagi amat penting,.. so mari kita jadi pecinta kepada sayur-sayuran segar...

JOM MASAK !

Eggs & Veggie Stew

Bahan-bahan :-
1 biji telur
capsicum merah ( dipotong bulat )
lobak merah ( dipotong memanjang )
brokoli
( dipotong )
bunga kobis ( dipotong )
oregano
lada sulah
garam 
air ( utk merebus )

Cara-cara memasak :-
1) Didihkan air didalam periuk, masukkan sedikit garam kemudian rebuskan capsicum separuh masak.
2) Angkat capsicum tadi letakkan ke atas pinggan. menggunakan air rebusan yang sama untuk merebus 
   lobak merah, brokoli dan bunga kobis sehingga masak ( jangan terlalu layu... sehingga tekstur sayur 
   berubah ). kemudian angkat dan toskan.
3) pecahkan telur kedalam capsicum tadi.... taburkan diatasnya oregano & lada sulah. 
4) kemudian masukkan kedalam oven dan panaskan telur tadi sehingga mengeras.
5) setelah telur masak, taburkan keju, sedia di hidangkan bersama sayuran yang telah di rebus.


Kerabu Epal Hijau



nasi seri pandan


ikan keli berlada


nasi goreng kangkung


siakap sweet & sour


masak lemak siput sedut dan nenas


cili padi ikan bilis & petai


masak lemak pucuk paku


sup sayur & tauhu telur


daging black pepper


masak lemak ikan keli & pucuk salam


chicken with lemon sos


kek lapis hawflakes



tomyam campur


sup tauhu


set nasi minyak


nasi minyak


munchkins


masak lemak ayam (kerisik)


brokoli & carrots


nuttela crepe cake


sayur manis meranti & labu


sup cendawan & rumpai laut


ayam masak kicap


cerpe cake slices


spaghetti with shrimp wantan


laksam



nasi goreng kerabu



rojak buah


soto ayam, nasi impit, bergedil


mee kari bonda


sambal sotong


terung cili api


nasi goreng cendawan


Telur Mayonise

gebus... lembut... so yummy! telur mayonise pilihan keluargaku. ubah citarasa daripada telur dadar biasa tambah gebu



Aglio Olio Shrimp with Cili Padi

masak tuk makan malam...menu simple jer, sesekali tukar selera la plak asyik makan nasi jer. lagi pun makan malam jer pun makan yang ringgan dan simple sudah. lagipun makan tak ramai masak tuk 3 orang jer. puas hati masak sendiri...bleh kasik pedas punya...

JOM MASAK !

Resepi Aglio Olio with Cili Padi



Swedish Meatballs ala IKEA

akhirnya berjaya juga percubaan untuk masak swedish meatballs kat rumah... nie bukan instant yang ada kat IKEA tu yer...but nie homemade punya k. kebetulan rajin cari resepi...trus menuju dapur cari bahan-bahan, Alhamdulillah semua ada so bermula lah projek masak-masak....

JOM MASAK !

Resepi Swedish Meatballs
Bahan-bahan (Meatballs) :-
(nak guna meatballs segera suggestion brand Marina)

250-300gm Daging Cincang 
Sebiji bawang besar Holland (dicincang halus)
 ¾ cwn Bread crumb (adjust untuk kekentalannya)
1/3 cawan tepung gandum 
2 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara memasak :-
1) Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan 
    garam ke dalam mangkuk. 
2) Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. 
    kemudian boleh lah bulat-bulatkan meatball itu.
3) Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. 
4) Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
5) untuk hidangan nie boleh guna teknik goreng tanpa minyak (menggunakan non-stick pan) atau bakar 
    (oven) sehingga meatballs bertukar warna keperangan.




Bahan-bahan (Gravy) :-
1 biji bawang besar holland (dipotong dadu, goreng hingga layu, ketepikan)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar (dipotong dadu)
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube daging* 

Cara memasak :- 
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandum, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan-bahan seperti bawang dan tomato itu tadi hancur.



Kuih Lapis

menu makan petang... selalu beli rasa tak puas makan, so hari nie kita masak sendiri puas makan seisi keluarga. sedap makan panas-panas. lembut, lemak salah satu kuih tradisional yang menyelerakan... yumm! yumm!

JOM MASAK!

Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan :-
1/2  cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu teh garam
pewarna kegemaran

Cara-cara memasak :-
1) masukkan semua bahan kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan tapiskan.
2) bahagikan adunan kepada 2 bahagian. masukkan pewarna satu bahagian dan satu lagi dibiar putih.
3) Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang mahu digunakan.
4) masukkan satu senduk adunan bewarna dan kukus selama 5 minit.
5) lapiskan dengan adunan putih dan kukuskan selama 5 minit lagi. kukus berselang seli sehingga adunan habis.
6) sejukkan dan potong. sedia dihidangkan.

Jelatah Timun & Nenas

ada yang panggil jelatah... ada yang panggil kerabu... walau apa pun yang anda panggil rasa hidangan ringkas yang segar, ranggup, pedas, manis, masam... cukup menyelerakan. makan lepas disejukkan sebentar didalam peti sejuk cukup buat anda berselera... makan bertambah-tambah....hehehe

JOM MASAK !

Resepi Jelatah Timun & Nenas

Bahan-bahan :-
1 biji timun
1/2 biji nenas masak
6 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
kacang tanah (
ditumbuk)
garam
gula

Cara-cara memasak :-
1) bersihkan timun, nenas, bawang besar, cili merah.
2) kemudian potong nipis bahan yang telah dibersihkan tadi. masukkan ke dalam bekas.
3) masukkan sos cili, kacang tanah yang telah ditumbuk, garam dan gula.
4) gaul semua bahan sehingga rata sebati, kemudian bolehlah di simpan kedalam peti sejuk seketika.
5) sedia dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih. selamat menjamu selera.